Tag Archives: Zulkifli Yahaya

Perkasa sibuk demonstrasi, agenda Nasoro dah masuk ke setiap rumah

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

http://maidoali.files.wordpress.com/2011/01/demo-gaps-451x300.jpg?w=451Hanya bersumberkan dua buah blog menyebarkan khabar angin perihal terdapat usaha menjadikan Malaysia negara Kristian maka pertubuhan yang menamakan diri mereka Perkasa ghairah mengadakan tunjuk perasaan dan membuat laporan polis. Satu trend baru di Malaysia yang diperkenalkan oleh pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali; setiap isu yang yang memperlihatkan Melayu atau Islam dicabar maka mereka segera akan melatah. Cuit sikit melatah, cuit sikit melompat. Betul-betul macam katak.

Di Kedah, pernah tersebar surat layang yang mendakwa kononnya seorang Exco Kerajaan Negeri memaki Raja. Mereka berdemonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman mengeluarkan ucapan berapi-api. Buat memorandum, buat laporan polis, buat sidang media, tapi akhirnya mereka malu sendiri apabila pihak polis mengesahkan dakwaan tersebut tidak benar.

Aktivis Perkasa nampaknya mengulangi kesilapan yang sama. Sekarang mereka ghairah tidak menentu, membuat laporan polis di seluruh negara kononnya ada usaha untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia. Seorang wakil rakyat DAP dikatakan terbabit dalam usaha tersebut, lantas individu yang difitnah tampil membuat laporan polis untuk menafikannya. Teruskan membaca

Advertisements