Tag Archives: Pendang

UMNO Pendang guna dewan sekolah untuk mesyuarat.. Salah ka Tak nie??

Aduhai UMNO PENDANG nie dah berapa kali dah tengok dok pakai Dewan SMK Pendang nie.. awat tak pie sewa dewan serbaguna nuu.. Kata kawasan sekolah tak boleh nak berpolitik…

Geng Pakatan Rakyat Pendang takan tak ada tindakan kot… YB Dr Hayati takan nak tengok saja kemungkaran UMNO nie.. dah berapa kali dah depa dok pakai Dewan Sekolah nie.. apa kata hangpa turun ramai-ramai buat protest menyalah gunakan kawasan sekolah oleh parti politik ada berani..???

Bazir air kena denda?

PENDANG – Kerajaan Negeri sedang mengkaji kemungkinan mengenakan denda kepada mana-mana pihak yang dikenal pasti menggunakan air secara membazir dan melebihi kadar sepatutnya.

:Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, perkara itu akan dibincangkan pada masa sesuai memandangkan Kerajaan Negeri masih tidak mempunyai sebarang perancangan ke arah itu.

Menurutnya, pandangan semua pihak perlu diambil kira sebelum memutuskan pelaksanaan cadangan itu kerana melibatkan kepentingan seluruh rakyat Kedah. Teruskan membaca