Tag Archives: KDN

Aduhai KDN sekadar ‘geli-geli’ jaa dengan UTUSAN..!!

‘Konspirasi Kristian’: KDN hanya tegur Utusan

Akhbar Utusan Malaysia milik Umno hanya dikenakan surat teguran berhubung laporan muka hadapannya ‘Kristian agama rasmi?’ pada Sabtu lalu yang “didapati menggemparkan fikiran orang ramai.”

Satu kenyataan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan bahawa surat teguran berkenaan diserahkan kepada ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak.

utusan malaysia kritsian agama rasmiTeguran berkenaan adalah berhubung laporan muka hadapannya itu dan juga satu lagi laporan yang disiarkan di halaman 5 pada hari tersebut.

Laporan berkenaan – memetik tulisan di blog – mencetuskan kontroversi apabila mendakwa sekumpulan pemimpin Kristian yang didakwa berikrar untuk melantik perdana menteri daripada penganut agama itu.

“Adalah menjadi amalan KDN untuk memanggil dan mendapatkan penjelasan pihak akhbar atas tindakan menyiarkan perkara yang didapati bertentangan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, serta menyerahkan surat teguran ke atas kesalahan tersebut. Teruskan membaca

Advertisements