Video : Isu KUIN – Siswa minta Hadi nasihat MB Kedah

Isu KUIN: Siswa minta Hadi nasihat MB Kedah

Sekumpulan mahasiswa menghantar memorandum kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuntut beliau campurtangan dengan menasihati kerajaan negeri Kedah agar lebih profesional dalam berdepan dengan aktivisme pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah.

Institut pengajian tinggi itu milik kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Memorandum berhubung tindakan pentadbirannya KUIN memberi surat tunjuk sebab kepada enam pelajarnya yang didakwa terlibat dalam demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan Kolej Kediaman Ar-Razi.

Bercakap selepas menyerah memorandun itu di ibupejabat PAS pagi, wakil Majlis Perwakilan Pelajar KUIN Muhamad Aiman Che Abdul Razab berkata, mahasiswa terbabit didakwa mengganggu solat Jumaat ketika mengadakan demonstrasi tersebut, serta membuat kenyataan media mengenainya April lalu.
Teruskan membaca

80ribu tong radioaktif masih ada di Bukit Merah..!!??

80 ribu tong sisa thorium belum ditanam

Mungkin ramai yang menganggap bahawa penduduk Bukit Merah telah bebas dari ancaman radioaktif berikutan penutupan loji pemprosesan nadir bumi, namun pada hakikatnya, terdapat 80,000 tong sisa buangan nadir bumi yang merbahaya tetapi masih belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya.

Kes Bukit Merah memperlihatkan kita bahawa pengurusan sisa radioaktif adalah satu projek yang menelan kos yang tinggi, malah mengakibatkan pencemaran alam – satu pelaburan yang mungkin lebih mendatangkan kerugian daripada keuntungan.

Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat (gambar kanan) memberitahu MerdekaReview, tapak pembuangan sisa radioaktif pertama yang terletak di Keledang Hill adalah untuk menanam kemudahan, perkakas kilang Asian Rare Earth dan sebagainya, namun sisa buangan radioaktif yang paling merbahaya hanya disimpan dalam tong besi, ditempatkan sementara di kawasan yang berhampiran dengan tapak pembuangan. Teruskan membaca

UMNO baru Vs UMNO lama : 1Malaysia jangan lupa sejarah..!!

Pada 4 Februari 1988 Umno telah diistyharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Harun Hashim. Gara-gara keputusan mahkamah itu menyebabkan Umno yang ditubuhkan di Istana di Johor Baharu pada 11 Mei 1946 hakikatnya telah berkubur. UMNO itu sebenarnya halal sehingga pemilihan 1984 sahaja. UMNO yang ada sekarang ialah UMNO BARU.Noktah!

Utusan Malaysia 12 Feb 1988, berita berkenaan penubuhan UMNO Baru. Teruskan membaca

Pendedahan Hata Wahari dan politik talam dua muka

Pendedahan bekas wartawan kanan Utusan Malaysia (Utusan) Hata Wahari bahawa agenda Utusan ditetapkan oleh Biro Politik UMNO yang dipimpin Presiden Najib Razak pasti menakjubkan pelbagai pihak!

Semenjak zaman reformasi, komentari pelbagai pihak sama ada oleh ahli akademik, ahli politik, wartawan, penganalisa politik, aktivis masyarakat atau pihak lain telah membentuk “common sense” dalam kalangan masyarakat yang prihatin terhadap isu kebebasan media dan politik negara, bahawa Utusan bagaikan “lidah rasmi UMNO”.  Kini seorang bekas wartawan kanan Utusan telah membuktikan kesahihan “common sense” tersebut.

Kalau kecenderungan komentari selama ini melihat kawalan terhadap Utusan dari segi pemilikan syarikat dan “consumption” atau pemaparan berita saban hari, kini Hata Wahari (gambar kanan) membekalkan perspektif kawalan terhadap Utusan dari segi “production” atau penetapan agenda secara langsung dan tidak langsung oleh Biro Politik UMNO pimpinan Najib. Teruskan membaca

Polis: Tidak keperluan dedah identiti pelaku video seks

NONETiada keperluan bagi pihak polis mendedahkan siapa pelaku dalam video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang walaupun sudah mengenalpastinya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata ia hanya akan didedahkan sekiranya terdapat keperluan undang-undang.

“Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah,” katanya.

Pada 26 April lalu, Khalid berkata polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan “si pelaku” dalam video seks itu kepada umum sekiranya perlu.

Video berkenaan kali pertama dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai ‘Datuk T’ di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu. Teruskan membaca

UMNO BARU & UMNO LAMA : Apa bezanya..??

Latar belakang

Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.

Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah[1]. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966. Teruskan membaca