Category Archives: Uncategorized

Anuar Musa Belasah Ahli Umno Kaki Mengampu

 

 

 

Calon bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno Tan Sri Annuar Musa menegaskan Umno tidak mampu mempertahankan kegemilangan parti itu sekiranya masih berada pada tahap yang sama.

 

Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu, biarpun terdapat transformasi dalam sistem Umno, namun ia akan menjadi sia-sia sekiranya tiada perubahan sikap pemimpin parti itu.

 

 

Katanya, Umno kini melalui satu proses transisi di mana rakyat Malaysia kini semakin bijak menilai pemimpin dan parti itu. Teruskan membaca

‘Gelombang kuning’ MP Pakatan di Parlimen

‘Gelombang kuning’ MP Pakatan di Parlimen
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hadir di Parlimen hari ini – sama ada memakai baju kuning atau bertali leher kuning – sebagai membantah tindakan polis menjelang perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

NONEKebanyakan ahli parlimen lelaki Pakatan, kelihatan bertali leher kuning – warna ‘rasmi’ BERSIH 2.0 – manakala ahi parlimen wanita pula memakai pakaian kuning.

Manakala ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa (kanan) memakai baju-T BERSIH 2.0. Begitu juga dengan menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata baju-T BERSIH haram dipakai dan mereka yang berbuat demikian boleh ditangkap.

Ini di mangkok yang pukul s/u GEGAR

Sedikit info berkenaan lelaki terbabit.

Berumur dalam lingkungan 40-50an

Nama: Nasir Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan “Nasir Uban” di Kampung Sireh.

Pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Sireh.

Sekarang dipercayai bekerja dengan Dato’ Fathmi.

Bertanggungjawab memukul seorang Sukarelawan NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) dalam kejadian di hadapan Masjid Kampung Sireh lebih kurang jam 11.00 pagi tadi.

Alamat mengikut maklumat nombor pendaftaran kereta yang dipandu beliau (semakan JPJ): 5106, Kampung Sireh, Bawah Lembah, 15050, Kota Bharu, Kelantan. Teruskan membaca

Perkasa sibuk demonstrasi, agenda Nasoro dah masuk ke setiap rumah

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

http://maidoali.files.wordpress.com/2011/01/demo-gaps-451x300.jpg?w=451Hanya bersumberkan dua buah blog menyebarkan khabar angin perihal terdapat usaha menjadikan Malaysia negara Kristian maka pertubuhan yang menamakan diri mereka Perkasa ghairah mengadakan tunjuk perasaan dan membuat laporan polis. Satu trend baru di Malaysia yang diperkenalkan oleh pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali; setiap isu yang yang memperlihatkan Melayu atau Islam dicabar maka mereka segera akan melatah. Cuit sikit melatah, cuit sikit melompat. Betul-betul macam katak.

Di Kedah, pernah tersebar surat layang yang mendakwa kononnya seorang Exco Kerajaan Negeri memaki Raja. Mereka berdemonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman mengeluarkan ucapan berapi-api. Buat memorandum, buat laporan polis, buat sidang media, tapi akhirnya mereka malu sendiri apabila pihak polis mengesahkan dakwaan tersebut tidak benar.

Aktivis Perkasa nampaknya mengulangi kesilapan yang sama. Sekarang mereka ghairah tidak menentu, membuat laporan polis di seluruh negara kononnya ada usaha untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia. Seorang wakil rakyat DAP dikatakan terbabit dalam usaha tersebut, lantas individu yang difitnah tampil membuat laporan polis untuk menafikannya. Teruskan membaca

Penyokong Yahudi UMNO-APCO belasah aktivis pakatan rakyat dan ibu di kota bharu

Seorang lelaki yang memandu kereta Viva warna putih berplet DAM 5495 telah menumbuk seorang aktivis pro Pakatan Rakyat sewaktu beliau sedang memasang banner Tuntutan Royalti Petroleum Rakyat Kelantan di Masjid Kampong Sireh, Kota Bharu.

Lelaki berkenaan juga bertindak kejam dengan menolak sehingga jatuh ibu di pinggir jalan raya yang cuba membantu anaknya yang ditinju di muka oleh lelaki tersebut. Repot polis telah dibuat dan hasil siasatan awal, pemilik kereta viva tersebut mungkin tinggal di kawasan kampung sireh, bawah lembah.kota bharu, kelantan.

saudara syam cedera dengan akan serius di bahagian muka  dan ibunya luka-luka kecil,

lelaki tersebut dikatakan mengamuk kerana melihat saudara syam memasang banner Tuntutan Royalti Petroleum Rakyat Kelantan.

Wan Hamidi: Erti persabahatan Pakatan

Semua orang tahu PAS, DAP dan PKR tidak akan berganjak dari prinsip perjuangan masing-masing. Itu soal dasar parti. Komponen sekular MCA, Gerakan dan beberapa lagi parti dalam Barisan Nasional yang menolak Ketuanan Melayu pun masih boleh bersahabat dengan Umno walau pun dalam senyuman pahit.

Perbezaan ketara di antara PAS yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar politik dan DAP yang memperjuangkan demokrasi sosial bersifat sekular telah menjadi bahan kepada musuh politik mereka Umno untuk mengapikan permusuhan.

Yang tidak ditonjolkan oleh media arus perdana milik Umno dan Barisan Nasional ialah kesefahaman PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang berpegang kepada dasar bersama untuk menegakkan keadilan melalui demokrasi tulen yang menentang rasuah, salah guna kuasa, politik perkauman dan mempergunakan agama untuk kepentingan politik.
Teruskan membaca

GST: Jika gagal tadbir, serah kepada Pakatan

KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat apabila berusaha juga melaksanakan cukai GST, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji.

“Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat,” kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri yang mahu meneruskan cukai GST, Idris berkata, PAS tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan.

Tindakan ini, bagi beliau, melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini meminta NGO memainkan peranan untuk menerangkan tentang cukai GST.

Ini berikutan bantahan Pakatan Rakyat terhadap rancangan untuk memperkenalkan cukai itu sebelum ini.
Teruskan membaca