Monthly Archives: Jun 2011

‘Gelombang kuning’ MP Pakatan di Parlimen

‘Gelombang kuning’ MP Pakatan di Parlimen
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hadir di Parlimen hari ini – sama ada memakai baju kuning atau bertali leher kuning – sebagai membantah tindakan polis menjelang perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

NONEKebanyakan ahli parlimen lelaki Pakatan, kelihatan bertali leher kuning – warna ‘rasmi’ BERSIH 2.0 – manakala ahi parlimen wanita pula memakai pakaian kuning.

Manakala ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa (kanan) memakai baju-T BERSIH 2.0. Begitu juga dengan menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata baju-T BERSIH haram dipakai dan mereka yang berbuat demikian boleh ditangkap.

Advertisements