Perkasa sibuk demonstrasi, agenda Nasoro dah masuk ke setiap rumah

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

http://maidoali.files.wordpress.com/2011/01/demo-gaps-451x300.jpg?w=451Hanya bersumberkan dua buah blog menyebarkan khabar angin perihal terdapat usaha menjadikan Malaysia negara Kristian maka pertubuhan yang menamakan diri mereka Perkasa ghairah mengadakan tunjuk perasaan dan membuat laporan polis. Satu trend baru di Malaysia yang diperkenalkan oleh pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali; setiap isu yang yang memperlihatkan Melayu atau Islam dicabar maka mereka segera akan melatah. Cuit sikit melatah, cuit sikit melompat. Betul-betul macam katak.

Di Kedah, pernah tersebar surat layang yang mendakwa kononnya seorang Exco Kerajaan Negeri memaki Raja. Mereka berdemonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman mengeluarkan ucapan berapi-api. Buat memorandum, buat laporan polis, buat sidang media, tapi akhirnya mereka malu sendiri apabila pihak polis mengesahkan dakwaan tersebut tidak benar.

Aktivis Perkasa nampaknya mengulangi kesilapan yang sama. Sekarang mereka ghairah tidak menentu, membuat laporan polis di seluruh negara kononnya ada usaha untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia. Seorang wakil rakyat DAP dikatakan terbabit dalam usaha tersebut, lantas individu yang difitnah tampil membuat laporan polis untuk menafikannya.

Logikkah, orang politik dari mana-mana parti politik pun membuat satu keputusan yang akan menjauhkan sokongan terhadap partinya? Tetapi perkara tidak logik inilah yang dimomokkan kepada rakyat untuk memutar pemikiran rakyat supaya terus menyokong BN sehingga mereka dapat berkuasa sehingga hampir hampir dunia ini kiamat.

Orang Kristian pun tidak gembira jika terdapat usaha untuk mengisytiharkan Malaysia negara Kristian, kerana ia lebih memberi ancaman terhadap mereka berbanding penghormatan.

Dalam Al-Quran sangat jelas mendedahkan bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan umat Islam selagi umat Muhammad ini tidak mengikut cara hidup mereka. Peringatan ini diberikan oleh Allah di dalam Al-Quran, justeru ia adalah peringatan untuk umat Islam. Tiada siapa boleh menidakkan peringatan Allah ini. Cara hidup mereka adalah cara hidup yang tidak berlandaskan Islam, mengasingkan Islam dengan kehidupan, tiada agenda kehidupan selepas mati dan asyik mementingkan hiburan tanpa batas.

Cara hidup seperti itu sudah masuk ke setiap pintu rumah umat Islam di negara ini. Pelbagai program hiburan menjadi tatapan umat Islam saban hari. Sewaktu si bapa yang menjadi ahli Perkasa pergi berdemonstrasi menentang Kristian, anak-anak mereka terjelepok di hadapan televisyen menyaksikan tarian separa lucah. Masyarakat umumnya hampir tidak peduli lagi agenda Yahudi dan Nasoro itu.

Usaha menjatuhkan seseorang dari persada kuasa, hari ini dilakukan secara fitnah yang jijik dan lucah. Video lucah disebarkan secara sengaja di seluruh negara untuk mengaibkan seteru politik. Akhlak anggota masyarakat jadi rosak. Itu semua adalah agenda Yahudi dan Nasoro.

Hampir semua sistem yang berlegar dalam kehidupan hari ini tidak lagi berteraskan Islam. Jika agenda Yahudi dan Nasoro itu satu ancaman besar pada umat Melayu dan Islam maka hakikatnya ianya seolah-olah sudah sebati dengan masyarakat umat Islam di negara ini.

Apakah semua itu digerakkan melalui platform politik dan kuasa? Tidak. Jauh sekali ianya digerakkan hasil dari pengisytiharan pengangkatan martabat Kristian di negara ini. Jadi apa sebenarnya yang menggelisahkan Perkasa, penganut UMNO dan sebahagian orang Melayu kalau bukan kedunguan. Mereka tertipu dengan permainan jahat UMNO dan media-media talibarut mereka terutamanya Utusan Malaysia dan TV3.

Strategi UMNO ialah mahu mengaitkan kristianisasi dengan DAP dan Pakatan Rakyat. Apabila PR dilibatkan dengan usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara maka sokongan orang Melayu terhadap PR akan terhakis. Niat mereka busuk dan akibat yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat akibat membakar isu perkauman seperti itu sangatlah buruk.

“Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO ini menyebar kata-¬kata bohong secara terang ¬terangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya,” ulas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ramai pemimpin di kalangan komuniti agama Kristian turut melahirkan kekecewaan atas penipuan bersifat provokasi ini dan menafi dengan sekeras¬-kerasnya bahawa wujud kumpulan paderi Kristian yang bekerjasama dengan DAP untuk membentuk sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri yang beragama Kristian.

Tetapi akhbar Utusan Malaysia tidak pernah serik daripada meneruskan kempen pembohongannya. Kerajaan BN sekali lagi menghasut kebencian terhadap komuniti minoriti Kristian.

DAP bersama rakan-rakan dalam PR telah mengulangi pendirian akan menyokong Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. Bahkan dasar menyokong kedudukan Islam sebagaimanamana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah juga termaktub dalam perlembagaan parti DAP.

Isu perkauman tidak akan berakhir selagi UMNO laparkan kuasa. Dengan peluru perkauman mereka peroleh kuasa. Dengan kuasa mereka raup kekayaan peribadi dan agenda untuk bangsa dilupakan sementara. Isu pembelaan terhadap bangsa akan mucul semula di saat kuasa terancam. Begitulah kitarannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s