GST: Jika gagal tadbir, serah kepada Pakatan

KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat apabila berusaha juga melaksanakan cukai GST, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji.

“Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat,” kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri yang mahu meneruskan cukai GST, Idris berkata, PAS tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan.

Tindakan ini, bagi beliau, melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini meminta NGO memainkan peranan untuk menerangkan tentang cukai GST.

Ini berikutan bantahan Pakatan Rakyat terhadap rancangan untuk memperkenalkan cukai itu sebelum ini.
Akta GST telah dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama namun telah ditarik balik apabila ia mendapat bantahan hebat dari Pakatan Rakyat.

Langkah menggunakan NGO bukan asing bagi Najib apabila ia digunakan untuk menggugat kerajaan negeri Perak hingga jatuh melalui rampasan kuasa dan menggunakan NGO juga untuk menggugat kerajaan negeri Selangor apabila beliau menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Kolumnis Harakahdaily, Haji Subky Latif dalam tulisannya hari ini menyifatkan, semua NGO ini adalah talibarut Umno. Ia hanya muncul untuk memainkan peranan khas untuk menjayakan agenda Najib.

Tindakan ini juga disifatkan agenda ‘baling batu sembunyi tangan’, jika disokong itulah sikap kerajaan namun bila silap pihak talibarut berkenaanlah yang menerima akibatnya sebagaimana terkena kepada Utusan sekarang.

“Apakah tugas kerajaan  hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan,” kata Idris dalam kenyataannya sebagai tanda kekesalannya.

PAS, kata beliau, bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.

Alasan Datuk Seri Najib yang mangatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST ditolak oleh beliau.

“Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.

“Apakah Datuk Seri  Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai,” kata beliau lagi dalam kenyataannya.

Beliau mempersoalkan, bagaimana manfaat yang akan diperolehi  oleh majoriti rakyat,  terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai.

“Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan,” kata beliau.

Beliau mempersoalkan, tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5 peratus kepada 6 peratus.

Setiap pemegang kad kredit, katanya, wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s