UMNO baru Vs UMNO lama : 1Malaysia jangan lupa sejarah..!!

Pada 4 Februari 1988 Umno telah diistyharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Harun Hashim. Gara-gara keputusan mahkamah itu menyebabkan Umno yang ditubuhkan di Istana di Johor Baharu pada 11 Mei 1946 hakikatnya telah berkubur. UMNO itu sebenarnya halal sehingga pemilihan 1984 sahaja. UMNO yang ada sekarang ialah UMNO BARU.Noktah!

Utusan Malaysia 12 Feb 1988, berita berkenaan penubuhan UMNO Baru.

Utusan Melayu 16 April 1988, Ku Li memberi kenyataan mempertahankan UMNO lama dan akhirnya membawa penubuhan parti Semangat 46.

UMNO…DULU
Diasaskan 11 Mei 1946 oleh Datuk Onn bin Jaafar, datuk kepada Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein (kalau mengikut definisi yang pernah dikemukakan oleh cucunya ini maka Datuk Onn layak digelar sebagai Petualang Bangsa).Diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Feberuari 1988.

Antara Asas dan Tujuan:-UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendokong cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama dan negara.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah sebuah pertubuhan parti politik bertujuan untuk menentang Malayan Union, mempertahankan hak ketuanan Melayu dan kedaulatan Raja-raja seterusnya memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah. Perjuangan UMNO yang berteraskan Melayu tidak menyimpang dari kehendak Islam.

Ketegasan UMNO untuk agama Islam terbukti dengan tertakluk dalam perlembagaan yang menyebutnya di dalam fasal 3.3 : ‘Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan agama.’

Hakikat Sebenar (10 tahun terakhir):-

1. Menghapus tulisan Jawi

2. Perompak harta negara

3. Pengkhianat bangsa Melayu

UMNO BARU
Diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Februari 1988 selepas UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pendaftarannya oleh mahkamah. UMNO ini secara rasminya dikenali sebagai UMNO (BARU) yang menggunakan semula semua hak-hak UMNO yang diharamkan termasuk lambang, perlembagaan (dengan pindaan),cogankata, lagu, bendera dan yang paling penting harta atau aset UMNO berjumlah lebih satu billion.(fakta yang pelik ialah bagaimana Pendaftar Pertubuhan boleh membenarkan UMNO (Baru) menggunakan Perlembagaan UMNO, lambang UMNO, lencana UMNO dan bendera UMNO sedangkan UMNO telah pun DIHARAMKAN oleh Mahkamah Tinggi Malaysia pada 4 Februari 1988)

NST 9 April 1988, Tunku cuba menghalang cubaan mengambil alih aset UMNO oleh Dr. Mahathir.

Berita Harian 7 September 1988,Tunku Abd Rahman dan Tun Hussein Onn membuat rayuan terakhir mempertahankan harta atau aset UMNO daripada diambil oleh Dr. Mahathir.

Asas dan tujuan penubuhan semula:-UMNO (BARU) adalah sebuah parti politik yang berjuang mendokong cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama dan negara serta ingin menyelamatkan aset UMNO semasa yang bernilai lebih dari satu billion.

Hakikat yang hakiki (10 tahun terakhir):-

1. Melahirkan ramai pengamal RASUAH yang hebat

2. Perompak harta UMNO dan negara

3. Perompak wang Tabung Haji dan KWSP

4. Pengkhianat bangsa Melayu (menghentam raja-raja Melayu)

5. Memenjara bangsa Melayu melalui tuduhan palsu dan hukuman tanpa bicara (ISA)

6. Menghina Nabi Muhammad s.a.w

7. Menyekat dakwah ISLAM yang sebenar

8. Memperlekeh Al-Quran dan penentang hukum ALLAHyang hebat

9. Meroboh surau dan masjid ALLAH

10. Menyokong program hiburan maksiat

11. Membiarkan gejala MURTAD terus menular dalam kalangan bangsa Melayu

12. Memperkenalkan Mazhab baru iaitu HADHARI (difahamkan ia singkatan daripada (Ada HAD pada HARI tertentu)

MENGAPA PENGGUNAAN NAMA ‘UMNO BARU’ TIDAK DI GUNAKAN?

Utusan Melayu 2 September 1988, Mahkamah Tinggi mengarahkan pengunaan nama UMNO baru dikekalkan.

Tapi…

Utusan Melayu, 27 Oktober 1988, Mahkamah Tinggi menghalang penyiaran UMNO sebagai “UMNO Baru” kerana boleh mengelirukan orang ramai seolah-olah ada pertubuhan lain yang bernama UMNO juga.

Begitulah sehingga hari ini. Anak-anak muda yang buta sejarah begitu mudah mempercayai UMNO yang ada pada hari inilah yang begitu berjasa kepada negara. Walhal pemimpin UMNO yang asal sebenarnya puas dicemuh oleh Dr Mahathir dan sekutunya pada masa itu. Rujuklah sejarah. Sejarah tidak pernah berbohong.

Jadi,apalah sangat jika UMNO baru yang ada pada hari ini karam atau terkubur..

Jika UMNO yang asal,yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan telah diharamkan oleh mahkamah. Biarlah hayat UMNO baru yang ada pada hari ini dikuburkan oleh rakyat. Kerana rakyat semakin mual dengan UMNO yang sudah hilang “melayu”, apatah lagi “islam” yang entah kemana hala tujunya.

http://pulakdah.blogspot.com

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s